Tiada lagi animasi boboiboy selepas ini? Tunggu! Monsta masih lagi meneruskan siri animasinya namun tidak berbentuk animasi. Untuk mengulas lebih lanjut mengenai projek terbaru Monsta, Meanix Studio berpeluang untuk hadir ke sidang media Boboiboy:The Next Chapter yang berlangsung semalam! Terima kasih pihak Monsta kerana sudi menjemput Meanix Studio ke sidang media tersebut.

Boboiboy Galaxy musim 2 - Monsta / Meanix Studio

Sidang media Monsta: The Next Chapter!

Semalam, (26 Febuari 2020) Telah berlangsungnya satu sidang media yang dianjurkan oleh pihak Monsta Studio iaitu Monsta: The Next Chapter! Sidang media ini telah berlangsung di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South City. Ramai rakan-rakan media yang hadir untuk mendapatkan informasi terbaru mengenai Animasi Boboiboy ini. Antara yang hadir ialah Zhaf dari Pure Pixels, Buzz Pop TV, Haziq dari Ajar, pihak akhbar dan para blogger. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kata alu-aluan oleh Nizam Abd Razak selaku Co-founder & Managing Director. Pada sisi pelancaran pula, Nizam sekali lagi naik kepentas bersama Diani Fauzi selaku Chief Financial Officer dan Anas Abd Aziz selaku Co-founder & Creative Director.

Boboiboy Galaxy musim 2 - Monsta / Meanix Studio

Pengembaraan mencari Sphera Kuasa diteruskan.

Komik ini adalah kesinambungan filem Boboiboy the movie 2 tahun lalu  yang mengisahkan perjalanan Boboiboy bersama rakan-rakan mencari kuasa elemental baharu.  mereka bakal berdepan dengan musuh-musuh baharu yang menggerunkan! Setiap isu Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 ini akan dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh warna.

Boboiboy Galaxy musim 2 - Monsta / Meanix Studio

Tahun lalu juga, Monsta telah memperkenalkan satu lagi IP yang ada pertalian dengan Boboiboy iaitu MechaMato, bapa kepada Boboiboy. MechaMato masih lagi di dalam proses pembikinan dan dalam masa yang sama, mereka mengeluarkan komik ini. Kenapa tidak teruskan dengan animasi? Kerana proses penghasilan animasi yang lama merenjatkan proses penceritaan Boboiboy. Monsta Terpaksa mencari alternatif lain yang lebih dinamik supaya momentum animasi ini dapat dikekalkan. Dengan komik, ianya sangat membantu dalam proses perincian perjalanan cerita Boboiboy. Tambah Nizam Razak lagi, hero-hero baru dapat diwujudkan dan diserlahkan dengan lebih kemas.

Monsta merancang untuk menggunakan tarikh 13 Mac sebagai tarikh pengeluaran komik kerana ianya adalah tarikh Anniversary Boboiboy namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, Monsta terpaksa menganjakkan tarikh ke 16 Mac 2020. Ingat tarihk ni betul-betul. 16 Mac 2020 tau!

Boboiboy Galaxy musim 2 - Monsta / Meanix Studio

Percaturan berani Monsta dalam mempertaruhkan komik 

Percaturan pemasaran bagi team Monsta bukanlah teori semata-mata. Salah satu tujuan Monsta menghasilkan komik Boboiboy Galaxy musim 2 terlebih dahulu kerana ingin meujudkan budaya yang sihat dalam industri animasi. Jelas Anas lagi, konsep ini telahpun diguna pakai oleh jenama-jenama animasi besar yang lain. Mereka bermula dengan siri komik dan disusuli dengan animasi. Nizam Razak menambah, kanak-kanak mahupun orang dewasa masih lagi mahu sesuatu yang boleh di pegang atau kumpul. Dengan adanya komik yang berbentuk fizikal ini, peminat dapat mengumpul kesemua jilid komik Boboiboy Galaksi musim 2 ini.

Boboiboy Galaxy musim 2 - Monsta / Meanix Studio

Sasaran dan harapan mengenai komik ini.

Menurut Diani, Monsta mengsasarkan penjualan 70,000-100,000 naskhah pada bulan pertama dan peningkatan sebanyak 20% selepas jilid pertama. Monsta sangat positif terhadap sasaran yang diletakkan memandangkan data pemasaran yang mereka ada sebelum ini menunjukkan hasil yang baik. Tambahan pula, penggemar Boboiboy pastinya ingin mengumpul seberapa banyak barangan Boboiboy untuk tujuan koleksi. Oleh itu, komik adalah medium yang tepat untuk diteruskan. Nampaknya, ibu bapa terpaksalah mengeluarkan budget setiap bulan untuk anak-anak mereka untuk membeli komik ini.

Perancangan jangka masa panjang.

Ditanya mengenai sama ada komik Boboiboy Galaxy Musim 2 ini akan menembusi pasaran luar negara, pihak Monsta pastinya akan membawa komik ini keluar malaysia. Malah ianya akan di alih bahasa untuk kesesuaian pasaran negara tersebut. Dan jika tidak secara fizikal, ianya akan dikeluarkan dalam bentuk digital untuk platform tertentu. “Namun untuk menembusi pasaran luar negara, kita (Monsta) perlulah meneliti dan memahami lebih dalam mengenai penjualan komik di negara kita terlebih dahulu;”. Tambah Diani.